Pages

Bab 10 Perkara-perkara yang Membatalkan Iman

  • Pengertian Iman

  1. Iman dari segi bahasa bererti percaya. Menurut istilah ahli sunnah wal jamaah ialah membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota.
  2. Kepentingan Dan Keperluan Iman Dalam Kehidupan:
          a)Membentuk keperibadian Muslim sejati.
          b)Berani tegakkan kebenaran.
          c)Sabar dan reda menghadapi rintangan dan dugaan.
          d)Pencetus semangat jihad.



  • Perkara Yang Membatalkan Iman


10.2.1. syirik
10.2.2. kufur
10.2.3. riddah
10.2.4. khurafat
10.2.5. sihir
10.2.6. nifak

  • Syirik


10.3.1. syirik ialah menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan perbuatan-Nya
10.3.2. syirik boleh berlaku melalui pemujaan, penyembahan atau permintaan kepada sesuatu selain dari Allah
10.3.3. bahagian syirik
10.3.3.1. syirik jali: perlakuan syirik terang-terangan seperti sembah berhala, bulan dan sebagainya
10.3.3.2. syirik khafi: tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat atau syirik secara sembunyi seperti percaya kepada tangkal, riak, ujub, takbur
10.4. Kufur
10.4.1. kufur bererti tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
10.4.2. orang yang melakukannya adalah kafir
10.4.3. Bahagian Kufur
10.4.3.1. kufur hakikat: ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa Rasulullah. Contoh: tidak mengakui adanya balasan di akhirat, tolak hukum yang ada dalam al-Quran dan menyatakan solat membuang masa

10.4.3.2. kufur nikmat: mengingkari pencipta atau Allah sebagai pemberi nikmat kepada maknusia dan makhluk ciptaan-Nya seperti guna nikmat ke jalan maksiat, tidak keluarkan zakat/sedekah dan sebagainya
10.4.4. Faktor2 Kufur
10.4.4.1. pegangan agama lemah
10.4.4.2. terpengaruh dengan hawa nafsu tg ingin keseronokan dan kebebasan
10.4.4.3. terlalu mengejar kesenangan dunia hingga ketepikan agama
10.4.4.4. kesempitan hidup menyebabkan seseorang sanggup melakukan perbuatan kufur untuk memenuhi keperluan hidup
10.5. Riddah
10.5.1. riddah bererti berpaling atau keluar daripada agama Islam. Orang yang keluar agama Islam dihukum murtad
10.5.2. Murtad Boleh Berlaku Dalam 3 Perkara:
10.5.2.1. iktikad (hati): berniat hendak keluar Islam
10.5.2.2. perkataan: mengisytihar keluar Islam
10.5.2.3. perbuatan: menganut agama selain Islam
10.5.3. Faktor Riddah:
10.5.3.1. lemah pegangan agama
10.5.3.2. jahil tentang akidah dan hukum-hakam Islam
10.5.3.3. terpengaruh dengan tawaran kebendaan
10.5.3.4. tidak bimbingan memahami Islam
10.5.4. Kesan Riddah
10.5.4.1. perkahwinan terbatal
10.5.4.2. haram menerima harta pusaka daripada waris beragama Islam
10.5.4.3. hartanya haram dipusakai oleh ahli waris beragama Islam
10.5.4.4. menjadi penghuni neraka selama-lamanya
10.5.5. Cara Menangani Orang Murtad
10.5.5.1. memberi nasihat supaya bertaubat dan kembali kepada Islam
10.5.5.2. memberi perlindungan atau bantuan sekiranya dia golongan muallaf
10.5.5.3. melaksanakan hukum hudud (bunuh)
10.5.6. Hikmah Hukuman Bunuh Kepada Orang Murtad
10.5.6.1. memberi amaran bahawa Islam tidak boleh dipermainkan
10.5.6.2. menghindar masyarakat Islam daripada huru-hara dan berpecah-belah
10.5.6.3. menghalang perbuatan yang mencemarkan kesucian Islam dan perkara-perkara yang memburukkannya
10.6. Khurafat
10.6.1. khurafat ialah kepercayaan karut yang bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat Islam
10.6.2. Contoh Perbuatan Khurafat
10.6.2.1. mempercayai azimat atau tangkal boleh memberi kesan kepada pemakainya

10.6.2.2. membuang anjak bagi menghalau hantu
10.6.2.3. mempercayai suara burung hantu boleh membawa tuah atau sial
10.6.2.4. mempercayai kubur yang dianggap keramat
10.6.3. Faktor Khurafat Masih Berterusan
10.6.3.1. iman kurang matap terhadap Allah
10.6.3.2. terpengaruh dengan masyarakat yang biasa amalkan khurafat
10.6.3.3. ambil langkah mudah cepat kaya
10.6.3.4. wujud tempat pemujaan khurafat
10.6.4. Cara Mengatasi Khurafat
10.6.4.1. menggiatkan usaha dakwah dan majlis ilmu
10.6.4.2. mengenakan hukuman berat terhadap pihak yang terlibat
10.6.4.3. memberi kesedaran tentang keburukan khurafat
10.6.4.4. mengawasi dan menghapuskan tempat yang dianggap keramat
10.6.5. Kesan Buruk Khurafat
10.6.5.1. menyebabkan syirik dan terbatal iman
10.6.5.2. membazir masa, tenaga, harta
10.6.5.3. masyarakat mundur dengan khayalan sia-sia
10.6.5.4. menyekat akal berfikir logik dan sistematik
10.7. Sihir
10.7.1. sihir ialah ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib iaitu dengan bantuan jin dan syaitan
10.7.2. sihir bertujuan memudarat dan mengelirukan manusia
10.7.3. Akibat Sihir
10.7.3.1. merosakkan akidah dan membatalkan iman
10.7.3.2. memecah belah masyarakat dan menimbulkan fitnah
10.7.3.3. pengamal sihir takbur dan berani berlaku zalim
10.7.3.4. membazir wang, masa, tenaga
10.8. Nifak
10.8.1. nifak bererti berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah
10.8.2. orang yang melakukannya digelar munafik
10.8.3. Ciri-Ciri Munafik
10.8.3.1. bercakap bohong
10.8.3.2. khianat apabila diberi amanah
10.8.3.3. mungkir janji
10.8.3.4. melampaui batas apabila bertengkar
10.8.4. Akibat Buruk Munafik
10.8.4.1. menghilangkan sikap percaya-mempercayai
10.8.4.2. melemahkan perpaduan masyarakat
10.8.4.3. menghancurkan kekuatan umat Islam
10.8.4.4. menghalang usaha pembangunan masyarakat Islam

No comments:

Post a Comment