Pages

Bab 20 Kerajaan Khulafa Ar-Rasyidin

  • Pengenalan Ringkas Khulafa Ar-Rasyidin

  1. Khalifah ialah orang yang memegang jawatan sebagai ketua negara Islam.
  2. Tempoh pemerintahan 29 tahun (11-41 H).
  3. Khulafa Ar-Rasyidin ialah gelaran kepada 4 sahabat yang memegang jawatan dalam negara selepas kewafatan Rasulullah صلى الله عليه وسلم iaitu:
               a)Khalifah Abu Bakar.
               b)Khalifah Umar Al-khattab.
               c)Khalifah Usman bin Affan.
               d)Khalifah Ali bin Abi Talib.





  • Khalifah Abu Bakar (11-13H/ 632-634M)

Riwayat Hidup

  1. Nama sebenar Abdullah bin Abi Quhafah.
  2. Lahir 2 tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.
  3. Keturunan Bani Tamim.
  4. Digelar As-Siddiq kerana mengakui kebenaran Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dalam peristiwa Israk dan Mikraj.
  5. Orang pertama memeluk Islam.
  6. Seseorang yang jujur, pekerti baik dan perangai yang terpuji.
  7. Wafat 23 jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan dimakamkan di Madinah berhampiran dengan makam Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Pelantikan Menjadi Khalifah

  1. Rasulullah صلى الله عليه وسلم tidak menetapkan seseorang sebagai pengganti selepas kewafatan baginda. Oleh itu, berlaku perselisihan antara golongan Ansar dengan Muhajirin di Saqifah Bani Saidah.
  2. Abu Bakar mencadangkan Umar Al-Khattab atau Ubaidah sebagai pengganti selepasnya.
  3. Kedua-duanya membantah lalu mereka berjabat tangan dengan Abu Bakar dan terus memberi bai‟ah melantik Abu Bakar sebagai khalifah.

  • Khalifah Umar Bin Al-Khattab (13-23H/ 634-644M)

Riwayat Hidup

  1. Nama sebenar Umar bin Al-Khattab bin Naufal.
  2. Lahir 13 tahun selepas kelahiran Rasulullah صلى الله عليه وسلم .
  3. Berketurunan Bani A'dy.
  4. Digelar Al-faruk bermaksud “Pemisah antara kebenaran dengan kebatilan”.
  5. Terkenal sebagai seorang yang berani, tegas dan berterus-terang.
  6. Memeluk Islam tahun ke6 selepas kerasulan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.
  7. Wafat akhir bulan Zulhijah tahun 23 Hijrah ketika berusia 63 tahun setelah memerintah selama lebih kurang 10 tahun.

Pelantikan Menjadi Khalifah

  1. Umar menjadi khalifah melalui wasiat yang dibuat oleh Abu Bakar bagi mengelakkan perpecahan umat Islam.
  2. Wasiat tersebut ditulis oleh Usman bin Affan.
  3. Pelantikan Umar dipersetujui oleh seluruh umat Islam.
  • Khalifah Usman Bin Affan

Riwayat Hidup

  1. Dilahirkan 5 tahun selepas kelahiran Rasulullah صلى الله عليه وسلم.
  2. Berketurunan Bani Umaiyah.
  3. Sejak kecil terkenal dengan peribadi mulia, lemah lembut, hartawan, dermawan dan memiliki semangat jihad yang tinggi.
  4. Digelar Zunnurain kerana mengahwini 2 orang puteri Rasulullah  صلى الله عليه وسلم.
  5. Wafat pada 18 Zulhijah tahun 35 Hijrah ketika berumur 80 tahun kerana dibunuh oleh pemberontak.

Pelantikan Sebagai Khalifah

  1. Semasa khalifah Umar sakit, beliau mencadangkan 6 orang sahabat sebagai pengganti beliau iaitu Usman, Ali bin Abi Talib, Talhah bin Ubaidillah, Zubair bin Awwam, Saad bin Abi Waqqas dan Abdul Rahman bin Auf.
  2. Talhah, Zubair, Saad dan Abdul Rahman menarik diri.
  3. Berdasarkan pendapat para sahabat dan orang ramai, Abdul Rahman bin Auf mengisytiharkan Usman bin Affan sebagai khalifah.

  • Khalifah Ali Bin Abi Talib

Riwayat Hidup

  1. Nama penuh: Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib bin Hasyim.
  2. Lahir tahun ke10 sebelum kerasulan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.
  3. Bersifat berani, tegas dan menguasai pelbagai ilmu dengan mendalam.
  4. Kanak-kanak pertama peluk Islam.
  5. Wafat 40 Hijrah setelah memerintah kira-kira 5 tahun.
  6. Pelantikan Sebagai Khalifah.
  7. Beliau menerima jawatan khalifah atas desakan orang ramai bagi mententeramkan pergolakan akibat pembunuhan khalifah Usman.
  8. Keluarga Umaiyah tidak setuju dengan pelantikan tersebut termasuk Muawiyah bin Abi Sufian.

  • Dasar Pentadbiran Khulafa Ar-Rasyidin

  1. Undang-undang dan perlembagaan negara berasaskan Al-Quran dan sunnah.
  2. Khalifah berkuasa membuat keputusan berdasarkan pandangan ahli syura dan ijtihad.
  3. Khalifah bertanggungjawab menegakkan kebenaran dan memerintah dengan adil.
  4. Khalifah adalah ketua negara.
  5. Gabenor dan pegawai dilantik berdasarkan kecekapan dan kewibawaan.
  6. Pemimpin dan rakyat bertanggungjawab membangun dan memajukan negara.
  7. Rakyat wajib taat pemerintah yang taat perintah Allah.

  • Pembaharuan Dalam Pentadbiran Negara

Majlis Syura

  1. Ahli syura dikenal sebagai ahli "Al-Hallu Wal-Aqdu" yang bermaksud pandai menghurai dan membuat keputusan.
  2. Fungsi Majlis Syura pada zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم amat terhad kerana keputusan yang dibuat Rasulullah صلى الله عليه وسلم adalah daripada wahyu kecuali beberapa perkara yang memerlukan pandangan sahabat.
  3. Pada zaman khalifah Umar, satu Majlis Syura khas ditubuhkan yang bertanggungjawab menentukan pelantikan khalifah. Majlis ini terdiri daripada sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Pentadbiran Wilayah

  1. Umar telah mewujudkan jawatan gabenor bagi setiap wilayah Islam yang baru dibuka.
  2. Gabenor bertanggungjawab memerintah dengan adil.
  3. Jawatan baru diperkenalkan bagi memantapkan pentadbiran negara seperti ketua setiausaha, pegawai polis, ketua hakim, dan pegawai cukai.

  •  Polisi Pentadbiran Khulafa Ar-Rasyidin

Polisi Khalifah Abu Bakar

  1. Memerangi golongan murtad iaitu golongan yang terpengaruh dengan nabi palsu dan golongan yang enggan membayar zakat.
  2. Menggerakkan tentera Usamah bin Zaid untuk memerangi penduduk Ghassan yang membunuh utusan Rasulullah صلى الله عليه وسلم.
  3. Melantik khalifah selepasnya bagi memelihara perpaduan supaya tidak timbul perselisihan untuk melantik khalifah selepas beliau meninggal dunia.

Polisi Khalifah Umar

  1. Beliau menyusun semula pentadbiran tanah yang dikuasai oleh tentera Islam.
  2. Tidak membenarkan sahabat keluar atau meninggalkan kota Madinah kecuali mendapat keizinan khalifah.

Polisi Khalifah Usman

  1. Memberi peluang terbuka kepada sesiapa yang ingin berjihad demi menyebarkan agama dan memperluas pengaruh Islam.
  2. Para sahabat tidak dilarang meninggalkan kota Madinah.
  3. Melonggarkan syarat penggunaan harta Baitulmal.
  4. Menetapkan al-Quran dibaca menggunakan lahjah Quraisy.
  5. Melantik gabenor dalam kalangan Bani Umaiyah tapi masih mengira kelayakan dan kepimpinan.

Polisi Khalifah Ali

  1. Menukarkan pegawai yang berketurunan Umaiyah yang dilantik pada zaman khalifah Usman.
  2. Meneruskan Majlis Syura walaupun mendapat tentangan daripada golongan Khawarij.

  • Sumbangan Dan Jasa Khulafa Ar-Rasyidin

Abu Bakar As-siddiq

 Memerangi golongan murtad, nabi palsu dan golongan yang enggan bayar zakat.
Membebaskan negeri di bawah pengaruh Rom dan Parsi.
Mengumpulkan tulisan Al-Quran.

Umar bin Al-Khattab

 Menyusun harta dan kekayaan untuk pertahanan negara.
 Menyusun undang-undang tanah negara.
 Memperkenalkan kalendar tahun Hijrah.
 Menubuh pasukan polis dan tentera.

Usman bin Affan

 Menyumbang harta dan kekayaan untuk pertahanan negara.
 Mengumpul dan membukukan Al-Quran dalam satu naskhah.
 Membesarkan angkatan tentera laut dan darat.

Ali bin Abi Talib

 Menerima jawatan khalifah ketika negara dalam kekecohan dan tidak tenteram.

  • Kemajuan Sosial, Ekonomi Dan Perluasan Kawasan

Kemajuan Sosial 

  1. Penduduk: terdapat 3 golongan.   

          a)Masyarakat Islam di Semenanjung tanah Arab yang memeluk Islam sejak
             zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم ‎ .
          b)Masyarakat Islam yang berada di luar tanah Arab.
          c)Golongan kafir zimmi.

Pendidikan

  1. Para khalifah amat ambil berat hal ehwal pendidikan rakyat.
  2. Selain memberi bantuan pembelajaran, mereka melantik tenaga pengajar.

Kebajikan Sosial

  1. Kebajikan Islam dan kafir dipelihara.
  2. Satu pasukan khas ditubuh untuk jaga keselamatan negara.
  3. Pelbagai kemudahan disedia untuk kesenangan rakyat.

Kemajuan Ekonomi

  1. Bermula zaman khalifah Umar hingga awal pemerintahan Usman kesan daripada perluasan kuasa.
  2. Negara memiliki banyak kawasan pertanian dan sumber ekonomi yang mantap.
  3. Pengurusan Baitulmal dikemaskinikan.
  4. Undang-undang tanah negara diperkenal.

Perluasan Kawasan

  1. Wilayah Islam semakin luas kesan kejayaan tentera Islam.
  2. Pengaruh dan wilayah Islam semakin tersebar.

  • Kesan Positif Kepimpinan Khulafa Ar-Rasyidin

  1. Corak pemerintahan: pemimpin negara merupakan ketua agama yang mendaulatkan Islam.
  2. Sifat kepimpinan: pemimpin dipilih daripada mereka yang berakhlak dan berwawasan.
  3. Pertahanan: pertahanan diberi keutamaan bagi memastikan negara bebas daripada serangan luar.
  4. Ekonomi: dasar ekonomi digubal secara adil.
  5. Sosial: ilmu pengetahuan diberikan perhatian yang penting sama ada ilmu akli ataupun nakli. Rakyat dilayan sama rata.

  • Akibat Membelakangkan Kepimpinan Khulafa Ar-Rasyidin

  1. Ketua negara Islam selepas Khulafa Ar-Rasyidin dilantik secara warisan.
  2. Negara Islam terdedah kepada fitnah dan peperangan sesama sendiri.
  3. Orang munafik berpeluang memecah belah umat.
  4. Timbul perpecahan aliran akidah seperti ahli sunnah dan syiah.

  • Iktibar Daripada Sejarah Pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin

Aspek akidah

 Kehidupan berpandukan akidah yang benar.
 Berpegang teguh kepada Islam.
 Berusaha meningkatkan tahap keimanan kepada Allah.
 Mementingkan ilmu pengetahuan.

Aspek syariat

 Hidup berlandaskan syariat Islam.
 Sanggup berjihad dan mengorbankan nyawa dan harta demi memperoleh keredaan Allah.
Membangunkan ekonomi untuk perluasan dakwah dan kemajuan negara.
 Semua lapisan mendapat perhatian.

Aspek akhlak

 Digelar Qudwatun Hasanah kerana merealisasikan tuntutan al-Quran melalui perkataan dan perbuatan dalam kehidupan seharian.
 Rakyat diberi kebebasan untuk amal agama masing-masing.

No comments:

Post a Comment