Pages

Bab 9 Perpaduan Teras Kemajuan

  • Intisari Hadis

Umat Islam dilarang bersikap yang membawa kepada perpecahan seperti hasad dengki, menipu, benci-membenci, berpaling muka dan berjual beli atas jualan orang lain.

  • Huraian Hadis

  1. Antara Sikap Mazmumah:
          a)Dengki (Al-Hasad).
          b)Menipu (An-Najasyu).
          c)Benci-membenci (Al-Ghadab).
          d)Berpaling muka.
          e)Jual beli atas jualan orang lain.

     2.   Sebab Larangan Dalam Hadis:

          a)Bagi mewujudkan suasana muhibah, kasih syang dan harmoni dalam masyarakat.
          b)Untuk semai ikatan persaudaraan yang kuat dan kukuh dalam umat Islam.
          c)Bagi menghalang perpecahan dalam masyarakat.
  • Dengki

  1. Dengki ialah perasaan kurang senang atau gelisah melihat kelebihan yang ada pada orang lain dan berharap kelebihan itu hilang padanya.
  2. Keburukan Dengki:
               a)Menghilangkan amal kebajikan yang dilakukan.
               b)Menimbulkan pergaduhan.
               c)Menyebabkan jiwa dan perasaan seseorang tidak tenteram.
  • Menipu

  1. Perbuatan sama ada melalui tutur kata aatu tingkah laku berkaitan dengan muamalat yang dijalankan secara tidak jujur seperti pembeli menawarkan harga yang tinggi pada sesuatu barang sedangkan dia tidak mahu beli.
  2. Perbuatan menipu bertujuan menyusahkan orang lain.
  • Benci-Membenci Dan Berpaling Muka

  1. Perasaan marah atau tidak menyenangi orang lain.
  2. Lahir dari sikap sombong dan angkuh.
  3. Orang yang bersifat ini sering gelisah, tidak tenteram dan marah kepada orang lain.
  • Jual Beli Di Atas Jualan Orang Lain

  1. Membatalkan jualan atau pembelian orang lain untuk kepentingan diri.
  2. Perbuatan ini menyebabkan timbul perasaan marah di kalangan penjal dan pembeli yang terlibat.
  3. Jual beli atas jualan orang lain dalam beberapa situasi:
a)Penjual menawarkan kepada pembeli harga yang lebih murah atau barang yang lebih baik sedangkan pembeli sedang berurusan dengan penjual yang lain.
b)Pembeli menawarkan harga yang lebih tinggi kepada penjual sedangkan ketika itu penjual sedang berurusan dengan pembeli lain.

  • Perpaduan Teras Kejayaan


  1. Langkah-langkah Memupuk Ke Arah Perpaduan:
          a)Memupuk kasih sayang antara anggota masyarakat.
          b)Amal sikap tolong-menolong dan saling bekerjasama.
          c)Memelihara hak orang lain dengan menghormati maruah dan budaya mereka.
          d)Saling ziarah-menziarahi.

     2.  Ciri-Ciri Perpaduan Dalam Islam:

        a)Berteras keimanan kepada Allah.
        b)Pengamalan akhlak yang mulia.
        c)Bertujuan ke arah kebaikan bersama.

  • Pengajaran Hadis


  1. Semua umat Islam adalah bersaudara.
  2. Perpaduan sangat penting untuk kemajuan dan kestabilan negara.
  3. Kita hendaklah menjauhi perasaan hasad kerana hal ini boleh memecah-belah umat Islam.

No comments:

Post a Comment