Pages

Bab 8 Makanan Yang Baik

  • Intisari Hadis

Allah perintahkan orang beriman makan makanan baik dan halal .Orang Islam dilarang makan makanan haram kerana mendatangkan kesan buruk.
  • Huraian Hadis

  1. Makanan yang sedap dan lazat tidak semestinya halal kerana halalnya sesuatu makanan bergantung kepada cara pemerolehan dan penghasilan.
  2. Kebaikan makan makanan halal.
             a)Menjaga kesihatan badan.
             b)Memelihara kewarasan akal.
             c)Mendapat keberkatan dan keredaan Allah.
             d)Mempengaruhi perangai dan tingkah laku seseorang.
     3.  Ciri-Ciri Makanan Halal.
             a)Tidak memudaratkan kesihatan dan kewarasan akal.
             b)Disembelih dengan nama Allah.
             c)Diperbuat daripada bahan yang halal.
             d)Diusahakan oleh orang islam.
  • Hikmah Pilih Makanan Dan Minuman Yang Baik

  1. Menjaga kesihatan badan supaya sentiasa sihat dan cergas.
  2. Memelihara kewarasan akal.
  3. Mendapat pahala kerana mengikut sunnah.
  4. Doa mudah termakbul.
  • Hubungan Makanan, Minuman Dan Pakaian Dengan Ibadat

  1. Kita hendaklah prihatin menentukan makanan, minuman dan pakaian agar tidak melanggar batasan syarak.
  2. Islam suruh umatnya metutup aurat.
  3. Semua berkait rapat dengan ibadat yang kita lakukan.
  4. Punca doa seseorang tidak makbul adalah kerana pengambilan makanan dan minuman yang haram serta berpakaian yang tidak tutup aurat.
  • Rukhsah Makan Dan Minum Yang Haram

  1. Syarat Diharuskan Makan Dan Minum Yang Haram:
              a)Hanya terdapat makanan dan minuman yang haram.
              b)Makan dan minum sekadar menyelamatkan nyawa.
              c)Makan atau minum bukan untuk kenyang.

     2.  Hikmah Diharuskan Makan Makanan Haram Ketika Darurat.

             a)Dapat menjaga nyawa sebagai sesuatu yang berharga.
             b)Memberi kelonggaran kepada umat Islam untuk menyelamatkan nyawa ketika darurat.
             c)Bukti Islam tidak membebankan bahkan memudahkan umat.
  • Pengajaran Hadis

  1. Umat Islam mestilah prihatin terhadap pengambilan makanan, minuman dan cara berpakaian seharian supaya tidak melanggar hukum Allah.
  2. Allah tidak terima doa hamba-Nya yang ambil dan minum yang haram.
  3. Kita wajib pakai pakaian yang bersih, sesuai dan tutup aurat.
  4. Orang Islam wajib memelihara diri dan keluarganya daripada terjerumus ke lembah kebinasaan.

1 comment:

  1. Casino & Sports Book near me | Missouri | KCH-TV
    Casino 경기도 출장안마 & 평택 출장샵 Sports Book near 원주 출장샵 me · Kansas-Kansas State State (Kansas); Southgate (Kansas); Northgate State (Iowa); Westgate 안동 출장안마 (California); Southgate (Indiana); New 성남 출장안마 Mexico

    ReplyDelete